Pertama
sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurnia-NYA jua Portal Rasmi MPPPUSABJB ini berjaya
dibangunkan. Tahniah dan syabas kepada Exco ICT Prauniversiti SMK
Aminuddin Baki Johor Bahru kerana dapat menghasilkan laman portal
ini.
Antara lain , tujuan
diadakan portal ini adalah untuk menjadi salah satu input kepada
perlaksanaan pembelajaran Prauniversiti dan sejajar dengan aspirasi
Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya mengharapkan laman ini dapat
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Teknologi Informasi
Komunikasi (ICT) di SMK Aminuddin Baki Johor Bahru khususnya.
Akhir kata daripada saya,diharapkan semua pelajar dapat memberi sepenuh komitmen dan sentiasa bekerjasama.
Sekian. Wassaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Encik Mohamad Asri Bin Mohd Rejab
Penolong Kanan Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.
0 Maklum Balas:
Post a Comment