Pada 08 April 2010 yang lepas,Majlis Perwakilan Peajar Prauniversiti telah menganjurkan lawatan ke Mahkamah Tinggi Johor dan Mahkamah Syariah Johor.Lawatan tersebut disertai seramai 81 orang pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru dan 6 orang guru.
Para pelajar dan guru bergerak ke destinasi pertama iaitu Mahkamah Tinggi Johor pada jam 8.00 pagi.Rombongan kami telah disambut oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor,Tuan Fairuz.Kami telah diberi taklimat ringkas mengenai hierarki mahkamah di Malaysia.Seterusnya kami diberi ceramah terhadap kes-kes yang berkenaan dengan Mahkamah Tinggi seperti kes bunuh,merompak dan sebagainya.Kami juga telah diberi peluang untuk berjumpa dengan salah seorang Hakim Mahkamah Tinggi tersebut dan kami telah diberikan nasihat seperti perbanyakan aktiviti kebajikan,susun jadual waktu harian sebaiknya dan lain-lain.Seterusnya kami diberikan jamuan ringan dan lawatan di Mahkamah Tinggi tersebut dengan penyampaian cenderamata oleh Encik Mohmad Asri Bin Mohd Rejab,Penolong Kanan Prauniversiti SABJB kepada Timbalan Pegawai Pendaftar mahkamah tersebut.Kemudian,pada jam 2.00 petang kami bergerak ke Mahkamah Syariah Negeri Johor selepas kami menunaikan solat Fardhu Zohor di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.Kami telah disambut oleh beberapa orang petugas mahkamah tersebut.Kami telah diberikan ceramah tentang fungsi Mahkamah Syariah,susunan oranisasi mahkamah dan sebagainya.Lawatan ke mahkamah tersebut berakhir pada jam 4.45 petang dan seterusnya kami pulang.Semoga apa yang telah diberika dan dikongsikan kepada kami ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh.