Mesyuarat AJK Induk Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Aminuddin Baki Pertama berjalan dengan lancar.Mesyuarat tersebut diadakan di Sudut Belajar Pelajar Pra Universiti Perpusatakaan SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Induk MPPUSABJB yang terdiri daripada lapan orang AJK Induk MPPPUSABJB.Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPPPUSABJB,Saudara Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi.Mesyuarat tersebut bermula dari jam 2.00 petang dan tamat pada jam 3.30 petang.Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan beberapa perkara utama seperti pengenalan tugas bagi exco-exco.Seterusnya mesyuarat diteruskan lagi dengan membincangkan mengenai kewangan MPPPUSAB.Mesyuarat tersebut juga telah mengutuskan untuk mewujudkan beberapa lagi exco seperti exco protokol.Exco ini diwujudkan bagi melicinkan lagi perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti dalam menjalan apa-apa program sama ada program rasmi ataupun tidak rasmi.Yang Dipertua MPPPUSABJB telah memperkenalkan satu konsep dalam mesyuarat tersebut.Konsep tersebut dinamakan "Bersama Mencapai Kejayaan".Konsep ini diperkenalkan adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan antara pelajar Pra Universiti itu sendiri.Konsep ini juga diperkenalkankan atas dasar menyokong saranan kerajaan iaitu Perpaduan Teras Kejayaan.Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan tentang kesepaduan dan kerjasama dari semua pihak adalah penting.Kesepaduan dan kerjasama dari semua adalah penting kerana kejayaan dan kegemilangan sesuatu perkara itu adalah atas dasar bersama.Mesyuarat ditangguhkan dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya akan diumumkan kemudian.
Setiausaha Kehormat ketika menerangkan usulnya.
0 Maklum Balas:
Post a Comment