Pada 06 Februari 2010 yang lepas,pihak sekolah telah mengadakan program larian sab kali ke-45. Larian sejauh 7km untuk peserta lelaki dan 6km untuk peserta perempuan. Terbahagi kepada 4 kategori iaitu A, bawah 20, B, bawah 18, C bawah 15 dan D 13 tahun. Larian bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 2 jam kemudian.
Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah seperti kecederaan dan sebagainya.Medal telah disediakan untuk 10 peserta terawal yang tiba di garisan penamat bagi setiap kategori. Sokongan yang diberikan oleh para pelajar dan para guru adalah sangat mengalakan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
Laporan bersama Unit ICT SABJB
15 February 2010
Posted by : Fakhruddin Rosdi
0 Maklum Balas:
Post a Comment