Tema, logo dan lagu sambutan Merdeka Malaysia 2015, #SehatiSejiwa dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun 2016. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, pada 21 Jun 2016.
RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan
Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud
kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga
keamanan dan keharmonian negara Malaysia.
MAKSUD LOGO
BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara
manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan.
PETA Malaysia mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.
GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar
dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang
merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.
RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan
kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan
#SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan
kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan,
kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 bertemakan #SehatiSejiwa
mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat
menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme
yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan
bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh
didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya.
0 Maklum Balas:
Post a Comment