1 / 3
Salam Kemerdekaan :: MPPPUSABJB
2 / 3
Stay Focus Guys
3 / 3
Alumni Pra-U 2018


13 November 2009

Program Penutupan Rasmi Karnival Pelajar Dan Seminar Kerjaya Sekolah-Sekolah Prauniversiti Peringkat Negeri Johor 2009

Pada 06 November 2009,seramai empat orang pelajar Prauniversiti Bawah SMK Aminuddin Baki Johor Bahru antara yang terpilih bagi mewakili Daerah Johor Bahru untuk mengikuti program Penutupan Rasmi Karnival Pelajar Dan Seminar Kerjaya Sekolah-Sekolah Prauniversiti Peringkat Negeri Johor 2009 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajar Negeri Johor di Dewan Jubli Intan,Ledang.Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman,Menteri Besar Johor.

Pengarah Pelajaran Negeri Johor,Tuan Haji Sufa'at Bin Tumin menyatakan bahawa majlis tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi para pelajar Prauniversiti dengan pemimpin negara.Ini kerana generasi muda seperti para pelajar Prauniversiti adalah pelapis pemimpin pada masa hadapan.Tuan Haji Sufa'at juga mengingatkan kepada para pelajar tentang pentingnya menuntut ilmu demi mencapai kecemerlangan negara.Menurut YAB Menteri Besar Johor pula,para pelajar seharusnya bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil langkah segera demi mendapatkan kualiti pembelajaran yang terbaik.Menurut beliau,dengan ilmulah kecemerlangan negara dari pelbagai sektor seperti pertanian,pelancongan dan sebagainya dapat direalisasikan.Majlis perasmian tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari dan bersambung semula pada jam 2.00 petang.Program tersebut diteruskan dengan seminar kerjaya dan usahawan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali Hashim,Ketua Esekutif Johor Corporation.Tajuk seminar yang disampaikan oleh beliau ialah "Kerjaya Dan Keusahawanan".Antara intipati seminar yang telah disampaikan oleh beliau ialah keterangan mengenai Jihad Business, kepentingan Business dalam kehidupan dan sebagainya.Seminar tersebut berlangsung selama dua jam yang berakhir pada jam 4.00 petang.

Nota :
Kepada para pembaca yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Jihad Business,boleh melayarinya terus ke laman blog Jihad Business dengan menekan link yang telah disediakan diruangan Pautan Pilihan.

Dilaporkan oleh : Abdul Ghalib
About Fakhruddin Rosdi

You Might Also Like

0 Maklum Balas: