Pada 17 November 2009 yg lepas,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan Majlis Graduasi bagi pelajar Tingkatan Lima dan Pelajar Prauniversiti Atas.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.
YDP PIBG SMK Aminuddin Baki JB telah berpesan kepada para pelajar agar menjawab soalan dengan sebaiknya.Beliau juga menyatakan bahawa para pelajar tingkatan lima dan prauniversiti adalah pelapis pucuk kepimpinan negara pada masa hadapan sama ada dari segi politik,ekonomi mahupun perindustrian.Puan pengetua berpesan dalam ucapannya agar para pelajar menjawab soalan dengan tenang dan tidak tergopoh gapah atau sambil lewa.Puan pengetua juga berharap agar para pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sekaligus mencapai target yang telah ditetapkan.
Dalam majlis tersebut juga disampaikan sijil dan anugerah kepada para pelajar serta guru-guru tingkatan setiap kelas.
19 November 2009
Majlis Graduasi SMK Aminuddin Baki Johor Bahru Tahun 2009
Posted by : Fakhruddin Rosdi
0 Maklum Balas:
Post a Comment