1 / 3
Salam Kemerdekaan :: MPPPUSABJB
2 / 3
Stay Focus Guys
3 / 3
Alumni Pra-U 2018


07 December 2009

Gotong Royong Membaik Pulih Ruangan Belajar Prauniversiti Dan Perustakaan SMK Aminuddin Baki Johor Bahru

Pada 31 November 2009 hingga 04 Disember 2009 yang lalu,pihak Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah sama-sama melakukan aktiviti gotong-royong membaik pulih ruangan belajar para pelajar prauniversiti dan perpustakan sekolah.

Aktiviti tersebut telah dijalankan dengan tujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli persatuan disamping memperkemas ruangan belajar prauniversiti dan perpustakaan sekolah.Gotong-royong tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas yang berlainan.Aktiviti tersebut telah diketuai oleh Ahmad Syauqi Bin Rahman,Pengerusi Pusat Sumber SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan,sedikit taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Pusat Sumber SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Aktiviti tersebut bermula jam 8.00 AM dan tamat pada jam 2.00 PM setiap hari sepanjang tarikh tersebut.Kerjasama dari pihak MPPPUSAB dan Pusat Sumber Sekolah sangat membanggakan.Diharap,aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan menjadi budaya bagi semua warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru bak kata pepatah "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing".

Dilaporkan Oleh : Muhd. Nur Hayat
About Fakhruddin Rosdi

You Might Also Like

0 Maklum Balas: