Pada 30 Disember 2009 yang lepas,ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan mesyuarat Akhir tahun 2009.Mesyuarat tersebut telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor,Jalan Yahya Awal,Johor Bahru.Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Yang Dipertua MPPPUSAB,Setiausaha Kehormat,Ketua Unit Sukan,Ketua Unit Pelajaran,Ketua Unit Buletin dan wakil rasmi Unit ICT.Mesyuarat tersebut diadakan dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada awal tahun 2009.Antaranya seperti Majlis Perasmian Portal Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki JB,Mesyuarat Agung Tahunan MPPPUSABJB dan sebagainya.Dalam mesyuarat tersebut,Yang Dipertua telah mencadangkan untuk mewujudkan dua jenis program.Program tersebut dinamakan sebagai Program Tahunan dan Program Bulanan.Pembahagian program ini adalah untuk memudahkan pihak MPPPUSABJB serta pihak sekolah untuk menyenaraikan program-program yang akan dijalankan.Program Tahunan adalah seperti Mensyuarat Agong MPPPUSABJB,Lawatan Sambil Belajar,Gotong Royong Perdana MPPPUSABJB,Mesyuarat Agong Muhibah MPPPUSABJB dan sebagainya.Manakala aktiviti bulanan pula adalah seperti Bacaan Yassin dan Solat Hajat,Program Cintai Ilmu,dan sebagainya.Pelbagai program yang lain juga telah dibincangkan dan akan diberitahu dari semasa ke semasa.Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan akan disambung pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Dilaporkan Oleh : Ahmad Syauqi Bin Rahman
04 January 2010
Posted by : Fakhruddin Rosdi
0 Maklum Balas:
Post a Comment