Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru serta guru-guru Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru mengucapkan takziah kepada keluarga seorang pelajar prauniversiti SMK Pasir Gudang 2,Allahyarham Mohamad Nafie Rosli yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.Semoga roh Allahyarham Mohamad Nasir dicucuri rahmat.Al-Fatihah.
MASAI: Seorang pelajar tingkatan enam hancur separuh badan selepas digilis sebuah bas persiaran di Jalan Kongkong berhampiran tanah perkuburan Kristian dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Mohd Nasir Rosli, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dari pinggang ke bawah selepas digilis oleh bas persiaran tanpa penumpang itu.
Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seri Alam, Asisten Superitenden Suffian Abdullah, berkata kejadian ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dari rumahnya di Kampung Cahaya Baru.
Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dikatakan gagal dikawal sebaik memotong sebuah kenderaan lain sebelum terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan.
Sumber : Harian Metro (22 Januari 2010)
Disediakan Oleh : Administrator Portal MPPPUSABJB
1 Maklum Balas:
blog cantik dan teratur, sentiasa kemaskini
Post a Comment